Salam,.. Selamat petang semua.. Hari yang baik walaupun kat kampung hujan sebentar tadi tapi hujan kan rahmat. Alhamdulillah pada 30 Ogos 2014 yang lepas Kampung Pering telah menjalankan satu Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan Peringkat Parlimen Jerlun semperna menyambut Kemerdekan Negara kita yang ke-57 yang telah berlangsung di Padang bola Kampung Pering dan sambutannya amat menggalakkan dan disambut dengan meriah sekali.
Majlis tersebut adalah anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimn Jerlun dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Ayer Hitam, Pusat Khidmat ADUN Kota Siputeh dan UMNO Bahagian Jerlun. Yang turut Hadir ialah YB Ahli Parlimen Jerlun dan YB ADUN Kota Siputeh.
Pelbagai aktiviti dan persembahan telah dijalankan sepanjang hari tersebut telah dijalankan diantaranya ialah tarik tali, nyanyian nasyid oleh kanak-kanak tabika kemas kampung pering, deklamasi sajak dan pelbagai lagi. Pihak kampung juga menjemput Penceramah dari Jabatan Penerangan Negeri Kedah, ceramahnya adalah pengisian kemerdekaan negara kita.
Nyanyian lagu negaraku, laungan merdeka dan tembakan bunga api pada waktu kemuncak menyambut hari kemerdekaan diberikan penuh bertenaga dan mantap oleh smua warga yang hadir ke Majlis tersebut.. Alhamdulillah Majlis yang berlangsung dengan lancar dan berakhir dengan penuh warna warni yang memenuhi malam tersebut. Nak tengok lagi banyak gambar-gambar pada malam tersebut boleh la ke Page Facebook kami
Kepada semua warga negara Malaysia..
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57
MERDEKA MERDEKA MERDEKA!!
Malaysiaku Tanah Tumpahnya Darahku.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment